Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim


Hampir seminggu abah pergi. Hampir seminggu abah tinggalkan kita semua. Hampir seminggu angah, along, lukman, akma bergelar anak yatim. Hampir seminggu ibu kehilangan kawan rapat ibu.


Abah, cepatnya abah pergi. Macam baru semalam abah gurau gurau dgn angah. Macam baru semalam angah whatsapp abah minta restu untuk exam exam angah. Macam baru semalam berbual dgn abah.

Tak sangka bah abah pergi cepat sgt. Cepat sangat bah... Angah rindu abah. Angah duduk jauh duduk asrama tak dapat jumpa abah selalu. Angah tak puas nak bermanja dgn abah. Angah baru 18 bah.....

Ramai yg kata angah kuat bah. Ramai yg kata kami kuat sbb Allah beri ujian besar macam ni pada hamba-hambaNya yg mampu. Ya. Angah cuba bah. Angah cuba utk kuat. Orang kata tak baik sedih sedih sebab nanti abah sedih. Ramai yg terkejut dengar berita ni bah. Apa lagi angah😳

Bukan sengaja bah angah nak nangis. It's like....automatic
Masih terbayang bayang wajah abah gelak.. masih terngiang ngiang abah suruh kita semua belajar sungguh sungguh...


Abah, angah sebak bila dengar lagu kegemaran abah. Lagu Tetap Dirimu tu abah tuju pada kami semua kan bah?

🎵Diantara berjuta juta bintang,
Hanya satu bintang yg paling terang,
Diantara berjuta juta orang,
Dihatiku tetap dirimu sayang,
.....hingga sampai mati memisahkan raga bukan memisahkan cinta kita🎶

Tiap malam bila angah teman ibu tidur, angah tahu ibu pun sedih..ibu pun rindu abah. Semua orang rindu abah.


Angah minta maaf bah. Angah rindu abah..

Abah, abah rehat ya. Kesian abah, abah penat dgn kerja abah kan? Abah rehat tau. Macam yg abah pesan, "biar orang buat kita, kat akhirat nanti pandai pandailah dia cari kita" kan bah?

Untungnya abah, kami semua sayangkan abah, tapi Allah lagi sayangkan abah. Kan bah? Untungnya abah, Allah hadiahkan abah, Allah ambil abah malam jumaat tu, Allah permudahkan semua urusan abah.


Abah, angah akan cuba selalu senyum macam dulu. Angah sentiasa doakan kesejahteraan ibu dan abah.

Tapi lepas ni angah dah tak boleh nak doakan semoga abah panjang umur murah rezeki, semoga Abah sihat wal afiat..

Angah cuma boleh doakan agar roh abah tenang selalu di sana. Angah cuma mampu doakan agar Allah cucuri rahmatNya atas roh abah. Angah cuma mampu doakan semoga Allah ampunkan semua dosa abah, semoga Allah terima semua amal ibadat abah selama ni.

Abah, angah sedih... angah baru ingat nak ajak abah jenjalan cuti sem 1 angah ni. Ibu pun ada kata abah dah plan nak bawa kita semua gi jenjalan kan  bah? Tapi angah tahu, kita cuma mampu merancang, Allah lah sebaik baik perancang. Kan bah?


Abah... tak sangka tahun ni last kita puasa sesama. Tak sangka tahun ni last dapat raya dengan abah. Tak sangka itu gambar gambar kenangan kita yg terakhir. Abah, lepasni dah takde orang yg suka bagi angah teka teki.. dah takde yg suka buat lawak.. bincang semua isu semasa dgn angah... dah takde orang yg angah boleh banyak tanya banyak soal.. dah takde orang yg nak ajar angah bawak kereta.. angah dah lama tak drive dgn abah..

Abah, semoga abah selalu tenang ya kat alam baru. Walaupun jasad dan roh abah dah berpisah, tapi kasih sayang kita 6 beranak tak akan pernah berpisah. Angah kadang lupa bah abah dah takde, sebab angah masih rasa yg abah selalu ada dalam rumah ni.


Abah, inshaa Allah angah akan jaga ibu dgn baik. Inshaa Allah angah akan belajar betul betul. Inshaa Allah angah akan jaga adik adik dgn baik. Inshaa Allah angah akan jaga ibu bah. Inshaa Allah angah akan jadi anak yg solehah.

Angah sayang abah. Sayang sangat..
Walaupun angah selama ni nakal... angah sayang abah. Angah minta maaf.
Pemergian abah, angah redha. Angah redha bah. Angah akan cuba untuk kuat bah. Abah tidur ya.


Angah cuba untuk kuat. Untuk terus tersenyum bah. Tapi senyum gelak tawa angah takkan pernah sama macam dulu.

7hb haritu angah baru cadang sampai je Jb nakpi lawat abah kat Hospital. Tapi sayang tu semua hanya tinggal rancangan..



Kengkawan angah pandai buat angah gelak bah. Depa kata angah takleh sedih sebab nanti abah sedih. Angah cuba bah. Angah cuba.

Mana nak cari lelaki dan suami sebaik abah? Susah bah.

Semoga roh abah tenang kat sana☺


Wan Ab Mubin Bin Wan Hisam
6/7/68-5/11/15

Al-Fatihah.
  







Popular posts from this blog

updated

Spm