Mid Sem break ft yey!

Bismillah.

Holla hi! Lamanya tak update blog! Since dah dapat peluang sambung belajar ni kesibukannya semakin melampau ewah! Alhamdulillah Wan dapat sambung yukeyem hikss. Buat tahun 1 ni aku ambil kos bisnes (BBA). Tahun 2 nanti kalau ada rezeki aku ingat nak ambil major in Account or Finance. Inshaa Allah kalau Allah izinkanlah.



Dunia degree ni tak seindah yg aku fikir. Haha. Yelah mungkin masih baru kot. Seriously rasa culture shock sebab tak tahu nak handle jadual nak handle masa macam mana. Mana nak involve aktiviti kolej, aktiviti fakulti, aktiviti uni huaaargh lels. Paling penting pointer kena atas 3.7!

Seronok jugaklah sebab masa kat matrik dulu mindset "buku buku buku!" But here I'm still study, learn what I can learn at the same time involve dalam macam2 aktiviti yg best. Oh ya nak habak untuk aktiviti-aktiviti seharian, lecturer Application Computer sis dah bagi sis task awal-awal; kena update blog twice a week. So my blog for that task Wan guna http://wannurainmubin.blogspot.my/ (url blog ni dulu sebab lect nak nama penuh huhu)
Btw, kat blog ni kena update benda-benda ilmiah selain aktiviti kolej, fakulti, uni lels. So aku kena a bit formal lah. Yelah ada yg nak baca dan bagi markah kan huhu.

Sekarang ni tengah cuti mid sem. Dah lama tak balik pasir gudang tu yg balik. Rindu ibu, rindu kucen-kucen ni semua! Rindu nak jenguk kubur abah. Tapi tulah kalau balik tak sah kalau tak gaduh dgn adik-adik. Paling nyirap bila tengok bilik kita sepah. Srsly tak best kongsi bilik! Tapi tulah nak buat cemana en. Ada kakak pun takleh harap sgt sebab tahap kerajinan dia ni menang lagi kura-kura kot ugh. Ha tulah tapi sebab 'kakak' kan so kena sabar jelah.

Naik mid sem break ni banyak test menanti. Er like srsly cepatnya! Aku rasa macam lol apa yg aku study huaaaa!  Minta doa daripada semua manusia di muka bumi ini pls luls. Harap sgt dapat score tahun 1 ni sbb I really want Account as my major tahun 2 nanti. Minat akaun dan rasa bersyukur sgt dapat lecturer sem 1 ni yg cara ajar dia tip top meletop halamak hahaha aii melebih! Serious bersyukur tapi yg sedih tu kawan rapat kat kolej ramai yg tak ambil akaun for sem 1 ni so aku nak buat study group pun susah huhu *tak nak nangis pls*

Ni saja nak share gambar kits hewhew.






Bulan Sept haritu Wan ada join perbarisan. Kena tarian India kau tahu! Ha dapatlah juga pengetahuan sikit pasal tarian India ni. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Walaupun Ktho tak menang perbarisan keseluruhan tapi menang anugerah potensi pun potensi lah ok lahtu ye dak huhu. Sayang KTHO!




  
Aku (shawl pink), Mursyi (roommate!), Nabila, Su, Dayana (Spect) ft SAYANG KORANG SQUAD!



Kalau orang perasan, banyak gambar aku dengan Su. Setakat ni Su kawan aku yg paling aku rapat kat UKM. Dia faham aku. Dialah penghibur hati aku. Walaupun lawak dia selalu kasar tapi aku tak ambil hati pun. Sebab aku tahu dia memang jenis macam tu haha. Su suka tido! Tapi tido tido dia pun berisi! Lect math suruh jawab lek je dia buat padahal dok tido time lect ajo cis jeles dgn kepandaian dia hehe. Su kan daripada aku tak reti main badminton sampailah aku pandai pukul shuttle tu semua dia yg ajar! Sayang kau peah! Masa kau cakap sem 2 belum tentu kita boleh rapat macam sekarang ni, jujur aku kata aku sedih. Sebab aku tahu susah nak dapat kawan yg satu kepala dgn aku. Sorry Su aku banyak gurau kasar dgn kau. Thanks selalu tegur aku. Thanks utk semua pendapat kau pada aku. Thank utk semua!

Semoga Allah sentiasa merahmati kau Su!




So tulah aktiviti petang-petang aku and geng kalau free. Jogging, badminton! Fav baru kot hehe. Kena selalu jog utk jaga stamina. Kena pantang ice. Kena itu ini bla bla bla. Yelah nak sihat kenalah exercise jaga makan and macam-macamlah kaaaan lels.



Antara aktiviti lain yg aku join aka citra. Citra ni macam kokurikulum. So yes for sem 1 ni aku cuma ambil silat and gamelan je. Sem 2 nanti tengoklah macam mana! Hewhew.


Saja nak upload yg ni! Credits pada roommate and jiran yg sudi melayan hewhew

Sekianlah utk coretan kali ni. Lama sgt tak menaip kat blog ni. Url pun dah tak sama kan hewhew so aku tak rasa ramai yg dapat detect blog aku ni. Yey bebas menaip! Bye dan terima kasih kepada yg telah membaca :-)

Xoxo!

Popular posts from this blog

updated

Spm

Ya Allah