Starting from me.......

Assalammualaikum W.B.T

Lamanya dah tak update blog. Berhabuk. Bunyi cengkerik sana sini. Krik krik. Haha lol. Entah macam mana boleh dapat inspirasi untuk update blog kali ni...... So hai. Dunia dah nak masuk bulan Mei untuk tahun 2013 ni. Dan ya, live aku dah banyak berubah. Kali ni aku dah jadi budak yang kena duduk asrama. I mean aku benci perkara tu. Memang tak dinafikan, mula-mula aku eksaited gila. But then lelama aku rasa bosan. Hidup aku terkongkong. Aku tak pernah rasa seteruk ni. Hahaha aku perlu istighfar kejap. K. So aku rasa aku tak patut cakap macam tu tapi dah itu kenyataannya, nak buat cemana. 


Aku rindu 2012. Sangat. Aku rindu kawan-kawan aku yang dulu. Nowadays, I have no friends. I mean, a really bestfriends. Best buddies. I hope I can find it soon. I really hope that. Somebody please pray for me. I'll going to cry ahh no. Sumpah aku rindu last year. Hidup aku sekarang dah berubah 100%. Aku harap aku dapat life aku yang sebenar. Sekarang, aku tak tahu mana pergi Wan Nurain yang sebenar. Yang ceria, yang merepek, yang berterus terang.... Semua tu aku tak tahu mana hilangnya dia. Since aku dah jadi ahli "aspurians" now. Maybe geng aku takdelah rindu aku. Tapi aku, aku still ingat diorang. Kalau boleh nak selalu contact diorang. Tapi tulah, masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Masing-masing dah duduk asrama. Aminah, Nisha, Fatin, Zana, Amis. Kami semua dah berpisah. Aminah Vokasional Perdagangan Jb, Nisha SM Sains Muar, Fatin StaNd, Zana and Amis SM Teknik Jb. Masing-masing dah berjauhan. Aku rindu gelak tawa yang dulu. Susah senang kami bersama. Mana lagi nak jumpa kawan sebaik mereka ya Allah? 

Sekarang, macam yang aku cakap. Aku dah jadi budak asrama. Asrama for Mrsm Mersing and I'm not so happy 'bout that. Well, aku dah ada roommates. Aku harap diorang boleh terima aku. Aku cuba jadi apa yang diorang nak. Aku cuba untuk berubah. And now, I did. Even not at all. Setidak-tidaknya aku berjaya. Sikit. Aina Nasuha, dia banyak bagi aku semangat. And I appreciate it. Amira, dia banyak kongsi cerita dengan aku. And aku tak kisah tu. Sebab aku suka jadi pendengar cerita manusia. Sue, dah banyak teman aku masa aku sedih. Mungkin aku patut ucapkan terima kasih pada diorang pakai mikrofon. Oh tak. Mungkin buat pengumuman 'Terima kasih' guna radio. Hahaha lawak tak? Tak? Ok fine tak kisah. Hmm........dulu, aku ada kawan yang sudi dengar lawak bodoh aku. Tapi sekarang? Aku tak tahu. Mungkin tak ada. 

Dan sekarang, aku rasa aku dah jadi pelajar paling bodoh dalam dunia. Ujian Semester Sem 1 aku haritu, aku kaut semua huruf. Setakat nilah... A jangan cakaplah. Langsung tak jejak. Yang ada B, C, D.... Even fail pun ada. Bodohnya. Semenjak naik upper form ni, aku dah makin malas nak buat homeworks, nak study..... Semuanya sebab aku fikir "Aku duduk asrama. Macam mana nak study ni?" Ya, aku dah semakin pasif. Kadang-kadang aku sedih dengan diri aku. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku tak ada sesiapa kat Mersing tu. Aku suruh abah mohon tukarkan aku ke Jb. Abah kata abah dah buat. Akhir bulan Mei ni, tengok jelah keputusannya. Kalau aku dapat tukar Jb, nanti aku jadi forever alone lagi. Aku kena cari kawan baru lagi.... Huh aku penat. Aku penat dengan hidup baru aku sekarang. Sebenarnya aku nak sekolah Skomas balik. Tapi.......... hmm entahlah. 

Mungkin semua yang berlaku ni ada hikmah yang baik. Orang selalu kata, apa yang berlaku pasti ada hikmah. Ya, setahun setengah je lagi aku kena duduk asrama. Semua family aku nakkan yang terbaik untuk aku. Ibu kata "Sabar ngah. Angah untung kena dua tahun je. Cuba angah bayangkan yang masuk sana dari dia form 1?" Hmm..... ibu selalu cakap macam tu. Along pun sama. Semua cuba bagi aku kata-kata semangat. Minggu lepas, aku teruk sangat. Aku banyak menangis. Sampai kredit aku tu boleh dikatakan luak tak sampai seminggu. And ada satu hari tu, aku menangis macam apa dah and again Aina pujuk aku. Dia bagi aku kata-kata semangat. Aku jadi tenang sikit. Alhamdulillah. Jiran bilik aku pun ada datang. Masing-masing cuba pujuk aku. Mungkin menyampah dengan kemengada-ngadaan aku ni. Haha whatever. But yes, I do appreciate it. 

So until now, I'm okay. Even aku dapat result yang boleh dikatakan over all memang teruk, tapi aku kisah apa. Memang aku dah lain sekarang. I try to be a new person. A new person for my new 'friends'. Sebab ada yang jujur pada aku, dia tak suka perangai aku. Sedang aku, "Apa yang aku dah buat?" So then aku tanya dia apa yang aku patut ubah. Then I've try. I try for her and all of them. I hope she appreciate me. Walaupun dia selalu pandang rendah pada aku tanpa 'melafazkannya'.... tapi aku boleh tahu itu. So dia buat macam dia tu almost perfect padahal? Padahal she is n.o.t. Ahh let her be. As long she's happy. Tapi, aku suka jugaklah bila dia berterus terang pada aku. So I know what I have to change.  So masa aku jadi "Wan yang teruk", rupanya dah ramai orang yang berlumba-lumba bagi aku pahala percuma dan ambik dosa-dosa aku yang tinggi melangit tu. Oh aku hargainya sangat. Terima kasih. Now, dia kata aku dah berubah. And aku pun dalam hati "So puas?" but then I just smiled and did not say anything. Haha aku sa-yang di-a sa-ngat. Errr. No, seriously. 

Again, now aku dah banyak berubah. Err I guess solah. Oh, aku lupa. Surah Insan tak hafal lagi. Setelah aku struggle menghapal surah Sajjadah tu and finally, I did it! Alhamdulillah. Thank God. Oo not in the mood nak menghafal surah baru. Dengan oral Englishnya.... Bm nya lagi.... pulak tu Bm nak kena lebih lima minit. Eh eh cikgu ingat otak saya ni pakai 24 gb ke apa?  Dah lah kertas Bm tak bagi saya A. lol. Astaghfirullah termarah pulak. hihihi. So 26 April semalam aku baru je balik Jb. Sumpah rindu rumah gila gila. Rindu ibu, rindu abah, rindu adik adik dua orang ni, rindu kucing-kucing empat ekor ni, rindu katil, rindu notebook, rindu handphone Samsung ni even kat sana boleh pakai handphone Nokia a.k.a handphone 'baling anjing', rindu blablabla. Ok. More, aku kempunan gila nak tengok ABPBH haritu. Oh what a sadlife -_____-  

Oh Jumaat semalam aku kena jadi Ajk Jamuan for majlis Muafakat kebenda entah tu. And I really enjoy it. I got three tins of water. Two for Seasons teh lemon ais and one for Mountain Dew purple yang tah banyak gila gas! Whatever. Oh aku dapat dua bungkus nasi ayam. Sedap dan believe it or not, aku boleh habiskan nasi ayam tu dalam masa sehari tak sampai tiga jam. Hahaha pelahap who cares. So ni pun nak cerita kan? Haha peduli apa. 

And aku rasa dah panjang berjela aku taip. Maklumlah since age  tak update blog yang sepi ni. So I wish my life will be better. More better than what I wish. Funny how I have a better conversation in my head with myself than I do with most people. Again, somebody please pray for me. So I need to back off. Homeworks tak siap, baju yang berlambak tu tak gosok lagi. Aku macam "Bila nak buat semua ni? Esok dah kena balik asrama!" Whatta urghhh. Oh 3, 4, 5, 6 Mei ni aku balik Jb lagi. Oyess!! Kenapalah cuti untuk hari mengundi ni tak sebulan. Kan best. Eh haha nonsence. As I've said, I need to back off now. By the way, it's already late. I need to sleep maybe. Bye.

***You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.

Popular posts from this blog

updated

Spm

Ya Allah