The new


Assalamualaikum.


Subhanallah lama dah tak jenguk blog ni. Kali ni tetiba dapat mood nak taip entry. Allahu, tak lama lagi aku dah nak spm. srsly tak ready lagi dengan semua tu. julai ni ada pra trial spm. ogos trial spm.... duduk asrama macam takde life. aku tak tahu bila aku boleh study. rindu macam masa nak pmr dulu. 

dekat maktab, petang malam slot. slot slot slot. homeworksnya belambak entah bila nak buat. cuti macam tak cuti. yes aku tak sepatutnya merungut camni. tak, bukan merungut cuma mengata. asrama mengajar aku banyak benda. kalaulah dulu aku tak homesick mungkin sekarang aku dah boleh capai png lebih 3.5 entah. sedihnya. tipulah kalau kata tak menyesal. banyak topik tak cover lagi. tu baru chemist. belum lagi physics add math sejarah biology blablabla. 


asrama mengajar aku erti sabar. erti berdikari. cuma satu...aku masih belum jumpa kawan yang sejati. susahlah bila semua aku je yang nak kena faham. takpelah nasib aku. tahun ni agak bersyukur dapat roommates yang memahami, yang tak selfish, yang banyak bagi aku support. thanks. korang banyak yang kurang tapi korang ada jugak yang lebih. normal lah. thanks layan kerenah keanak-anakan aku ni. 


aku memang cengeng. tak balik sebulan memang tak boleh. macam bulan ni. form 5 dapat balik sebab last week i mean last month punya 'pulang bermalam' kitorang ada seminar bio chemist. korbankan cuti demi Allah dan spm. ya Allah berikan aku ingatan yang kuat. berikan aku kekuatan untuk terus tabah hadapi segala kerenah cikgu. aku perlukan berkat dari semua orang. tapi aku tahu, duduk asrama banyak jugak buat dosa. dosa dengan makcik pakcik ds, dosa dengan makcik cafe, dosa dengan juniors..



exam...nak capai 5A tu memang payah. gagal jangan cakap...add math memang sentiasa failed. Allahu. aku tak tahulah cemana....chemistry aku lemah. payah nak dapat straight untuk exam exam biasa. tapi 9A+ sentiasa menjadi idaman aku. abah ibu selalu kata tak mustahil. astaghfirullah tingginya harapan abah ibu.... takutlah. aku banyak main. aku tak serious. tak tahu macam mana nak ubah diri. 


Untuk batch aku..aku dah ok dengan perempuannya. aku dah pandai untuk tak terasa. aku dah faham memang cara diorang macam tu. aku kena pandailah terima. perasaan sayang dah ada sikit untuk diorang. thanks sebab boleh lagi terima aku. walaupun aku tahu, belakang aku ada jugak mulut mulut yang mengata. tipulah kalau kata 'tak kisah' sebab hati aku ni sensitif... tak apa. aku ada Allah. walau apa pun yang terjadi aku tetap selalu berpaut pada-Nya in shaa Allah. 


"Kuatkan semangat aku ya Allah. ampunkan segala dosaku dan ahli keluargaku ya Allah. permudahkan segala urusan kami. murahkanlah rezeki kami. lakukanlah yang terbaik untuk kami. jadikan aku hamba-Mu yang selalu bersyukur. jadikan aku untuk terima segala yang Engkau rancang. Berikan aku ingatan yang kuat ya Allah. Berikan aku kawan yang selalu ada untuk aku tak kira susah senang. Berikan aku kejayaan untuk Spm 2014 ni ya Rabb"


Allahu. banyaknya permintaan.... tapi aku hamba yang tak cukup baik. Aku harap aku dapat berubah ke arah kebaikan hari demi hari. In shaa Allah. 


Hari ni hari Sabtu, 5hb Julai dah kena ada kat maktab. esok birthday abah. semoga abah panjang umur dan murah rezeki dan sentiasa sihat mental dan fizikalnya dan kekal bahagia bersama ibu, isteri kesayangannya dan segala yang terbaik berlaku pada abah dan semua yang lain hendaknya.


Hujung bulan Julai ni aku balik lagi. untuk cuti raya Aidilfitri... dua minggu before tu pra trial. ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Mudah mudahan raya tahun ni best lagi. Walaupun sekarang baru hari yang ke7 umat islam berpuasa tapi angan-angan raya tu dah tercipta astaghfirullah.. semoga aku boleh buat banyak kebaikan pada bulan yang penuh barakah ni. in shaa Allah.


banyak sangat menaip rasanya. untuk yang kesekian kalinya lepas setahun lebih
 tak update kan haha. last but not least, aku harapkan kebahagiaan terus melekap dihidup aku ya Allah. mudah mudahan dapat buat yang terbaik untuk spm nanti. mudah mudahan dapat keputusan yang baik untuk spm nanti. Aameeen

xoxo, Ainsekiyo

Popular posts from this blog

updated

Spm

Ya Allah