updated

Assalamualaikum

Hi. Lamanya tak update blog. Bukannya mudah untuk aku seru mood macamni. Den ni bukannya rajin menaip cerita. Nak buat tugasan karangan yang cikgu bm suruh tu pun teramat payah kalau moodnya entah ke mana inikan pula sekadar entry lapuk ni ahaha. Alhamdulillah dunia dah masuk bulan Disember untuk tahun 2014. Plkn untuk siri satu dah pun dijalankan. Aku, mangsa yang entah siri dua ke tiga ni masih menghitung hari mengenangkan nasib. Sebenarnya takdalah sedih mana. Tapi gembira pun  takdalah juga. Perasaan nak ke plkn tu bercampur baur. Tak apa yang pasti ada hikmah dalam semua rancangan Allah untuk hamba-hambaNya.


Macam tak percaya yang aku sekarang ni dah habis exam Spm. Spm bro memang spm. Kalau tak silap dah tiga minggu aku balik sini dan dah tiga minggu aku tak perlu menghadap mana-mana manusia hipokrit kat sana. Maaflah. Terkadang aku cemburu juga tengok member kelas lain. Tak apalah benda dah lepas pun. Tipulah kalau tak kisah dan tak pernah sedih. Mungkin ini semua kifarah untuk hamba Allah macam aku. Spm, siapa yang nak kata senang soalannya. Rata-rata kawan aku kata prinsip akaun susah gila. Ramai yang menangis even sekolah aku tu jugak. Tak apalah mungkin nanti boleh senang nak dapat gred A kan manalah tahu. Overall bagi aku hm haha tak tahulah senang ke susah. Kebanyakkan orang yang interview aku tanya "macam mana spm?" jawapan klise aku biasalah "bolehlah // alhamdulillah" takpun sengih sebab tak berani nak kata banyak-banyak.

Den ni bukanlah bijak bestari orangnya. Nak kena struggle macam apa barulah dapat flying colors. Result spmnya nanti...... entahlah. Sekarang ni logik akalnya aku cuma boleh berdoa untuk yang terbaik. Impian yang tinggi buat aku rasa takut untuk berangan. Kesilapan yang lalu mengajar aku untuk lebih berserah dalam mengharapkan yang terbaik pada masa depan. Aku dah tak berani nak letak port specific untuk sambung belajar. Sebab takut diakhir cerita nanti akulah watak yang perlu berdukacita lagi. Bukannya tak bersyukur dengan takdir aku yang lalu tapi aku perlu lebih berhati-hati next time. Mrsm mersing dah terlalu banyak sangat mengajar aku. Terima kasihlah untuk semua yang dah mainkan peranan dan lakonan masing-masing dengan jayanya.

Rasa macam baru semalam aku check in kat sana and biasalah homesick homesick homesick blabla homesick homesick blabla sampai aku penat sampai aku lelah hm sudahlah. Aku latih diri supaya lupakan semua memori yang pahit. Ingat yang manisnya. Baguslah senang untuk aku ingat sebab boleh dikatakan 20 persen je kenangan manis yang sempat aku kaut. Mungkin prediction aku tu terlalu melampau tapi maaflah itu pendapat aku. Dua tahun aku hidup menagih kekuatan dari Allah supaya beri aku peluang untuk cedok ilmu di tempat yang selama ni aku rasa gah dan aku impikan sangat sangat.

Dua tahun memang lama. Tapi kalau hidup bertuankan Tuhan semuanya tak ada yang mustahil. Alhamdulillah syukur sebab 25hb november 2014 dengan izinNya aku berjaya check out dari mrsm mersing dan terus melangkah ke depan tanpa toleh lagi ke belakang cewah. Terima kasih untuk mereka yang sanggup terima kehadiran aku di maktab tu. Kebanyakkan orang yang aku senang semuanya dari kelas kelas depan macam marini syamiera pah wawa raihah syazrin kakyam qeha prasha blablabla tapi kelas zuhal pun ada jugak macam wakdol aina lagi sayang pada ipah lisa nadia sebab depa sanggup terima kehadiran aku last last moment dekat maktab tu.

Tipulah kalau aku kata kawan tu tak penting dalam hidup aku. Selain keluarga, kawan pun boleh jadi tulang belakang kita. Aku belajar dari kesilapan. Kawan mestilah ikhlas kerana Allah. Di saat saat genting, aku berjaya jugak nampak siapa lawan siapa kawan. Orang yang dulunya aku sayang tapi akhirnya berubah sebab kepentingan diri. Allahu berat rasanya ujian itu untuk aku. Tak apa benda dah lepas. Aku gagahkan diri untuk lupa semuanya tentang makhluk makhluk yang pernah rapat dengan aku tapi tinggalkan aku sebab biasalah tabiat pentingkan diri sendiri.

"Mungkin betul aku pun salah. Ego, selalu fikir negatif, kebudak-budakan dan sebagainya. Oh jadi dengan alasan tu kau ingat kau bolehlah terus lari dari aku sebab dah ada yang sudi kawan dengan kau dan terus pinggirkan aku dan bagi aku alasan sebab nak bagi aku 'pengajaran' supaya berubah dan blablabla hahahahahahahahahahahahahahahahaha sumpah aku rasa macam nak bunuh engkau perempuan selfish. Semoga kau dapat kifarah yang setimpal lahya."

Segalanya ujian untuk aku. Aku pasrah. Selama aku hidup 17 tahun 8 bulan ni, masalah aku macam biasalah kawan kawan kawan. Nak dapat orang yang ikhlas berkawan dengan aku tu memang susah. Tipulah kalau aku kata aku tak sedih. Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada kawan yang sanggup ingat aku rindu aku ingin jadi kawan aku sudi dengar lawak bodoh aku dan banyaklah. Ikhlas tak ikhlas itu hak dioranglah. Zana Emy Nisha Fatin Amis Minah, orang yang dah sudi berikan aku peluang untuk terus gembira gelak dan banyaklah. Walaupun kita semua dah berpecah, sekolah pun semenjak naik upper form semua dah tak sama tapi aku masih berharap itu bukan alasan untuk kita putus persahabatan.



Nak berkumpul kembali ramai-ramai dalam satu satu masa memang tak mudah, kawan. Aku faham korang ada hal masing-masing masalah masing-masing memanglah. Janganlah yang sorang tak dapat join perjumpaan, ada yang sindir sindir tweet perli perli mula keluar kata kesat please aku rasa sedih kalau benda macam tu berlaku. Tak apa. Siapa yang free, gatherlah. Ada masa ada peluang dari Allah, kita semua dapat berjumpa hang out sama sama macam dulu dulu kan. Aku memang rindu semua saat tu. Bila dah jumpa memang gelak jelah memanjang. Tak yang sorang ni buat lawak yang tu buat lawak pastu yang nun masuk ha bila punchline banyak apa lagi gelak jelah kan non stop. Aku happy tengok korang gembira. Aku sayang korang.

Tiga hari yang lepas, aku dapat jumpa Zana dengan Emy. Tak apa yang lain busy nak buat macam mana. Perjumpaan yang aku rasa singkat buat aku rasa nak jumpa engkorang lagi. Tapi sayang harini dah masuk hari kedua untuk aku berkerja. Emy pun nak pindah Pahang Khamis ni. Entah bila boleh jumpa..... Salam takziah untuk accident kecil awak Emy. Semoga cepat sembuh lukanya. Kita doakan yang terbaik untuk geng kita semua. In shaa Allah ada masa kita tujuh orang malah mungkin ex classmates 3 Arif 2012 pun dapat jumpa juga satu hari nanti. Semoga korang semua dapat result spm yang cemerlang aaameen.

Bila bercakap soal 'patah hati' atau 'sedih' atau 'kenangan manis' jujur aku kata semuanya aku akan terfikir tentang semua orang yang hadir dalam hidup aku sebagai teman yang kebanyakkannya sebaya dengan aku. Maklumlah cinta hati masih belum wujud dalam hidup aku. Selain keluarga, kawan kawanlah yang menceriakan lagi suasana hidup aku. Susah nak jumpa kawan yang baik. Memanglah. Tapi kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan saling membantu takde sifat iri hati hasad dengki takde perasaan benci tentang kejayaannya, aku percaya kawan yang setia dan istilah 'bestfriend never ends' itu semua betul dan wujud. Susahlah kalau tak ada kolaborasi antara pihak aku dan pihak keduanya yang sebagai 'kawan' tu. Kalau aku je yang nak faham semua orang kalau aku je yang nak kena mengalah kalau aku je yang nak kena beralah sampai bila kita akan jadi 'bestfriends forever'?

Aku tak pernah berkira kalau asyik semua rahsia orang je yang aku nak kena pegang tapi rahsia aku entah ke mana mereka jaja. Nah itu sebabnya dari sekolah rendah aku ambil langkah berjaga-jaga untuk 'tutup mulut' dan diam dan tak perlu bagitahu 'rahsia' sendiri pada orang lain eventhough kawan rapat aku. Sebab aku tahu, teman aku hadir dan pergi bila-bila masa sahaja. Ya bila bila je jadi aku lebih selesa untuk jadi pendengar setia kepada semua yang sudi meluahkan masalah rahsia kegembiraan mereka pada aku. Alhamdulillah.

Aku tak tahu nak kata apa lagi. Sekali lagi aku mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Semoga aku dapat capai segala impian aku. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Semoga kebenaran akan terus setia disisi aku. Hebatnya rancangan Allah, aku perlu sentiasa redha dan bersyukur dengan takdir dan segala pemberian Allah. Semoga keputusan spm nanti aku dan batch aku semuanya akan dapat yang flying colors Semoga bertemu lagi.

                                                                                                                                   xoxo, Wan Nurain

Popular posts from this blog

Spm

Ya Allah