Spm

Bismillahirrahmanirrahim


3hb Mac 2015 --tamatlah segala teka-teki yang sering bermain di benak fikiran semua baby97 uhuks. Tahniah diucapkan kepada rakan seperjuangan aku yang berjaya dapat straight A. Pandainya korang. Kawan-kawan yang lain dari permata pintar dulu pun ramai yang straight A. Geng masa sekolah rendah lagilah, semua pandai semua straight A. Ex-classmates form 3 dulu pun tak kurang hebatnya. Geng aku merangkap bestfriends sekarang ni pun sama tak kurang hebatnya. Nisha, Fatin, Emy, Zana, Amis Alhamdulillah tahniah korang dah buat yang terbaik. Aku tak dapat seperti apa yang aku impikan. Tapi takpalah, aku tetap bersyukur. Aku yakin Allah dah rancangkan yang terbaik untuk aku. In shaa Allah, semoga aku dapat penuhi impian aku.

Sekolah bukanlah tiket untuk jamin kita mampu dapat straight A+. Dari awal, sekolah tu bukan jiwa aku. Kawan? Boleh dibilang guna jari. Sedih kan.... Takpa, Allah uji aku. Sebelum masuk gate mrsm mersing lagi hati aku dah berdebar dapat berapa A lah ek. ya Allah tunggu mesej tak sampai sampai. Finally, masuk dewan uruskan semua apa yang pihak maktab suruh dan terus duduk tunggu depa nak announce apa. Katanya 4 orang yang dapat straight A. siap naik pentas kau jah. kita yang result celah taik gigi ni dok nengok jelah. Time aku menunggu tu, mesej pun sampai. Hahahaha guess what? Ya, memanglah tak straight A. Apa pun terima kasihlah kepada cikgu cikgu ya. Semoga cikgu-cikgu panjang umur dan murah rezeki.

Perasaan aku bercampur baur. Sedih ada, puas hati ada, yang penting kena syukur. Memang sedih baca mesej tu. Tapi lepas tengok slip tu, honestly aku rasa puas hati. Puas hati sebab masa exam biasa dan jugak trial, jujur aku susah nak dapat A dalam semua subjek. Nak kaut dua pun jenuh. Gagalnya selalu. Bila dapat lebih ni, Alhamdulillah walaupun bukan semuanya. Itulah aku, tak serious. Bila dah nak spm baru dapat kesedaran sivik nak struggle. Berkat kegigihan aku struggle dalam masa berapa minggu je lagi nak spm tu, ibu abah yang selalu bagi kata kata semangat, cikgu cikgu yang banyak membantu akhirnya inilah hasil yang aku mampu capai. Tipulah kata tak menyesal dulu dok sibuk homesick kerja nak balik ja. Endingnya keputusan spm dapat capai takat ni ja,

Ya Allah aku bersyukur dapat kawan-kawan baik yang banyak bagi kata-kata semangat. Walaupun masing-masing sekolah dah tak sama, mereka masih ada dibelakang aku bagi sokongan. Paling penting, ada ibu abah yang banyak bagi sokongan, nasihat dan kata-kata semangat. Abah kata yang lepas biarlah lepas janji bila dapat sambung belajar mindset kena ubah! In shaa Allah abah. Maafkan angah tak mampu bagi yang terbaik buat ibu dengan abah. Sedara mara pun banyak yang bagi dorongan dan nasihat, mana yang tengah belajar sekarang ni pun banyak yang bagi suggestion untuk aku. Thanks semua. Walaupun aku tak sepandai macam sepupu sepapat yang lain, takpalah, aku bersyukur dengan Allah Robbul Jalil.

Dapat keputusan spm ni, biasalah kena kemaskini upu. Yang sedihnya, result biasa biasa macam aku ni tak layak nak mohon asasi sains hayat. Asasi law, asasi tesl hahaha itupun tak layak huaaaa. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Ni semua kimialah punya pasal. Biologi fizik pada aku rasa dah ok kimia pulak sangkut. Menyesalnya tak menyesallah hm diri rasa dah struggle tapi still itu ja yang aku mampu capai. Kata kata "setiap orang rezeki lain-lain" jelah yang mampu sedapkan hati aku. Nak menyesal pun dah tak guna. Mudah-mudahan ada rezeki, dapatlah sambung belajar ke mana-mana. Dapatlah ambil course yang aku mahu. Dapatlah rezeki nak kerja yang elok nak berbakti pada parents in shaa Allah aameeen.

Natijahnya, hidup perlu tabah. Fikir untuk masa depan, bukan cuma untuk esok. Yang nak berjaya, diri sendiri, bukan ibu abah. Bila dengar mak ayah orang lain bangga sebab anak diorang dapat straight A, hati sendiri rasa sebak rasa sedih sebab tak mampu nak buat ibu abah bangga. Walaupun ibu abah kata mereka bangga dengan pencapaian aku, tapi aku tahu diorang lagi bangga dan gembira kalau aku mampu dan berjaya dapat straight A. Takpalah, semua orang ada rezeki masing-masing. Yang penting hati kena cekal, kena semat dalam jiwa, setiap apa yang Allah beri, itulah yang terbaik untuk kita hambaNya. Bersyukur dan redha, Allah akan bagi rezeki lain yang lebih baik untuk kita In shaa Allah. Apa yang kita mahukan tak semestinya yang terbaik tapi apa yang Allah beri itu sudah semestinya yang terbaik.

Semoga aku dan kawan-kawan baik aku akan berjaya pada masa akan datang. Semoga Izzati, sepupu kesayangan yang sebaya aku tu pun berjaya ya Allah. Tahniah ati sebab mampu buat pektam dengan mektam gembira. Im proud of you too. Sungguh, keputusan yang aku peroleh ni mungkin sikit je bagi aku, tapi pada orang yang kurang bernasib baik, keputusan macam aku ni pun dah cukup baik gamaknya. Ya Allah, tetapkanlah hati aku supaya sering bersyukur kepada Engkau. Semoga Engkau lakukan yang terbaik untuk hidup aku aameeen. Doakanlah aku wahai muslimin muslimat sekalian. hehe

                                                                                                                                                                                                        love;

Popular posts from this blog

updated

Ya Allah