Jiwa


Bismillahirrahmanirrahim


Hi! Dunia dah masuk bulan Meeeeei. Dah dua bulan den tak update blog. Ceritanya sekarang ni rasanya tajuk atas takda kena mengena pun lulz. Ya Allah, April dan Mei bulan paling sibuk rasanya setakat ni hm. Macam-macam yg dah berlaku. Penatlah rasa. Jpj test dah lepas. But too bad, gagal! Tahilah ramai kata pelik sebab gagal kat 3 penjuru tu. Yes exactly! Apahal ah peh nyirap je belajar guna viva test guna kancil peh peh. Ni nanti 18hb Mei ni ulang tak tahulah lulus ke tak. Harapnya luluslaaaah. Doakanlah pls hewhew

Akhir bulan 3, aku tergerak hati nak ajak sepupu kesayangan ehehe Ati pi try mohon kerja McD. Kah memula kerja dah kena belajar window 1 ambil order dekat drive thru. Peh masaklah dahlah kejar masa. Semua kena cepat. First2 rasa macam nak berhenti tapi tulah aku lupa Allah dah set yg terbaik utk aku. Berkat kesabaran, 4/5 hari training window 1 finally i did it! Manager sampai kata "Ah wan dah expert tak payah buat belakang" er haha mana ada expert. But i felt thankful lah. Thanks kepada yg mengajar; Atikah, Deanna, kak Wawa, Fara. Semua ilmu tu aku hargai. Until now, bila kena jaga kaunter aku tak gentar, Alhamdulillah. Ceh haritu manager Kak Nani puji depan crew baru "Wan paling perform setakat ni bahagian otc so pls  belajar daripada dia cara nak ambil order tu semua" hah mana ada kak, biasa-biasa je kot. Pandai akak kipas eh haha. Tu semua sebab training sebulanlah dekat McD Pasir Gudang before McD Kota Masai bukak. 1hb Mei, semua crew yg baru start kerja kat McD Kota Masai. 


Biasalah, bila umur makin meningkat kita akan jumpa macam-macam jenis manusia. Puas aku didik hati, jangan mudah jatuh hati. Jangan mudah rasa suka. Ah sebak. Apa yg aku nampak, kebanyakkan lelaki mulut macam lebih madu daripada bekas. Ah hati! Perempuan kan... Dia. Nampak begitu bersungguh-sungguh.. Nampak begitu ikhlas nak berkawan.. Haha perempuan! Mudah tertipu.. Mudah percaya.. Ceh. Aku pun tak tahu dgn diri sendiri. Puas dia cuba, bila kita tolak dan dia move on, hati rasa pelik. Tak tahu rasa apa. Bila baca moments dia pasal perempuan lain, what's up wechat dia, kenapa hati rasa pedih entahlah. End up delete je. Umpama tak pernah kenal, bukan susah pun aku nak lupakan hm kot. Tapi tulah.. lulz cepatnya kau "move on" 

Janji 5 tahun dulu berjaya aku tunaikan. Rasa kelakar pulak. Biasalah, fitrah manusia, perempuan akan ada rasa pada lelaki. Itu yg cuba aku nafikan sekarang. Biarlah masa yg menentukan. Biarlah. Cukuplah sakit sekali. Usah dibiar berkali-kali. Berharaplah yg terbaik. Semoga dikurniakan yg terbaik utk dunia dan akhirat ya Rabb. Semoga dikurnia jodoh yg mampu bimbing aku dan anak-anakku ke Syurga aameeen. Ah rasa kelakar dan merepek pulak haha.

Dua tiga hari lepas keputusan Upu dah keluar. Aku tak dapat. Sedihlah. Yg lain kemain dapat asasi sains lah asasi law lah. Aku? Haha. Takpalah. Aku redha. Alhamdulillah dapat jugak ke matriks. Semoga segalanya dipermudahkan-Nya. Katanya KM Negeri Sembilan tu pedalaman. Huaa Mersing dulu kampung, Kuala Pilah ni? Oh not again pls. Semoga kat sana oklah. Semoga dapat kawan yg baik, dapat terima segala yg cikgu ajar. Oh ya, perakaunan memang kosong, aku tak pernah belajar langsung. Tak pernah terfikir akan dapat bidang ni tapi tulah semua Allah dah tentukan, logik akal kata sains aku memang tak layak maka huaa akaun lah perginya aku hm. Ya Allah semoga senang nak belajar, aameeen. Semoga minat datang dengan sendirinya. 

25hb ni dah kena daftar. 14hb ni last aku kerja. uhuks rindulah nanti! Hm habis matriks nak sambung kerja McD tak kira haha. Seronok kerja yg sekarang ni. Rasa enjoy eventho penat sebab kita semua acting macam family suka duka susah senang sama-sama cewah. Semoga tahun depan pun masih sama seronok-nya tu. Paling seronok kerja, ada yg satu kepala dgn kita so takdelah bosan mana. Diana lah, aku suka kawan dgn dia. Tak padan kecik si Sabah tu. Kat Sabah gila gengster ok. Yelah kalau aku pun, orang biadab aku tibai je. Haha tak, tipu je. Mampos tak berani aku ni kah! Hm nanti dah stop kerja mesti paling rindu dia. 

Apalah nasib aku akan datang. Apalah khabar jodoh aku sekarang ni. Haha miang! Ceh mestilah doakan yg terbaik utk jodoh kita ehem lulz. Semoga awak di sana sihat wal afiat berjaya dunia akhirat ya sayang ehem haha lulz. Semoga dekat kolej nanti hidup aku tak sehomesick dulu. Hanat ah kalau homesick dahler setahun ja. Ibu abah kata struggle belajar elok-elok yg nak berjaya saya bukan sesiapa hm baik love! Semoga aku boleh dan sempat berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku ya Jabbar. Semoga aku boleh banggakan mereka. Semoga Allah permudahkan segalanya. Wahai jodohku, doakan kita jugak ok? haha lulz. okbai em haha

                                                                                            xoxo; wannurain

Popular posts from this blog

updated

Spm

Ya Allah