Hi!

Bismillah.

Seriously it's been a long time since I've updated my last entry. There are too many stories to be tell yet I won't write it bcs of some specific reasons (hahaha)

Well bila datang mood nak update entry baru, sekarang pukul 4 pagi pun den tak kisah kihkih.

26 April 2016,


tamatlah sudah matrikulasi sesi 2015/2016. Last paper of akaun and I'm so glad yang semester 2 ni aku jadi lebih ready berbanding semester 1. Walaupun tak dinafikan terlalu banyak dugaan yg perlu aku hadapi sepanjang aku di kolej matrikulasi.

19 Mei 2016;


Apahal tetibah aku kena start kerja ni?! Kata due date aku kerja start 1 Jun heh sudahnya banyak drama korea yang aku tak dapat tengok dgn khusyuk lulz. Takdelah kerja grand pun, aku cuma kerja jadi cashier pasar mini kat kawasan perumahan aku ja. Penat ok nak melayan kerenah pembeli. Takdelah depa punya kekwat tu macamlah depa pi belanja kat pavi or else lol seriously pakkal je aku ni 'a worker' so I can't be mad err. Ada tu tahu nak perintah ja and tanya aku barang tu kat mana barang ni kat mana like hello ni bukan rumah aku so hangpilah tawaf satu pasar ni aduhmak.
Penat ok. Ni pun tak tahulah sampai bila nak bertahan. Kerja pun sebab saja nak isi masa lapang cewah selain hajat hati nak tambah duit poket. Biasalah, umur dah makin meningkat (as a last teen huhu) so banyaklah kan kehendaknya nak beli semua yg cantik like shawl, blouse, shoes, skincare, blabla.

27 Mei 2016;

  
                                  


 I need to go to Bangi for my interview in degree of business yey. Alhamdulillah the interview went smooth. I thought susah2 soalannya but oklah interviewersnya pun sporting madang nak gelak je kitorang. Well, aku kena sesi 2; mulanya ingat 'bersemuka' sebab kat surat tawaran kata gitu but nope, kitorang kena interview as a group. Alhamdulillah dapat group yg senang cooperate :) Semoga kami semua berjaya aameen.

3 Jun 2016;


Alhamdulillah result pspm 2 keluar and I got it with flying colors wohoo. Walaupun takdelah cemerlang mana hehe. Tu dia english aku awat dapat C tah depa yg lain yg muet band 4 pun leh dapat C lulz apa ni haha. Tahniah utk semua pelajar matrikulasi 15/16!

Suddenly I was thinking if only masa semester 1 dulu aku start baca subjek bisnes yg bertopik2 tu awal2 so mesti pngk sekarang boleh dapat at least 3.92 uhuks. But no! Semua yg berlaku memang dan mesti ada hikmah. Sebab Allah tu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah dapat buat ibu happy. Abah, kalau abah masih ada mesti abah paling happy kan bah tapi abah tak tunjuk haha abah cuma belanja makan kan kan [biasanya :(] Ah rindu memanglah tapi angah redha dan angah selalu doakan kebahagiaan abah di sana :)

And next,
Utk hari-hari seterusnya aku harap aku, ibu dan adik-adik dapat jalani hidup dgn tabah sebab Allah itu sebaik-baik tempat kami bergantung harap :) Alhamdulillah dgn semua kemudahan yg Engkau kurniakan selama ini ya Rab, tetapkan hati kami dgn imanMu, agar kami mampu menjadi Muslimin dan Muslimat yg Engkau kehendaki.

My dear readers,
Doakan kejayaan aku utk hari-hari seterusnya ya? Semoga bulan Ogos nanti, keputusan UPU keluar seperti yg aku harapkan. Surely, rancangan Allah pasti tidak sia-sia :)

Wassalam.

Popular posts from this blog

updated

Spm

Ya Allah